Klinik Pergigian Kelana Jaya
Waktu kecik2, malas gosok gigi sampai habis gigi berlobang. Semalam dok sibuk mengunyah jajan, tercabut pulak tampalan pada gigi geraham sampai nilu dibuatnye. Dulu waktu makan gaji, bolelah selambe pegi klinik swasta, tapi sekarang ni dah menganggur kenelah cari alternatif murah. Mujur ada klinik kerajaan yang dekat dengan rumah. Aku kalau bab pegi klinik gomen ni mmg fobia sikit sebab waktu menunggu punya lama giler. Beberapa bulan lepas bole buat temujanji online untuk ke klinik gomen tapi sekarang tak boleh dah, kene “walk-in” sahaja. Mampuih nak tunggu berjam-jam! Tapi apakan daya, kalau takde duit, buat cara takde duit. Klinik suruh datang daftar sebelum jam 8 pagi. Aku pun terpaksalah cancel aktiviti jogging semata mata nak pegi sane.
Bila sampai, orang tak ramai gila, tapi ramai lah jugak. Rata2 datang untuk pegi klinik kesihatan. Klinik pergigian kat tingkat 1, orang pun tak berapa ramai, tapi takdela sikit sangat. Waktu aku daftar kul 8am tu, aku orang yang ke-16. Lepas daftar kene bayo rm1 pastu jumpa doktor untuk check tekanan darah. Aku orang yang ke-3 untuk buat tampalan. Kul 10 pagi, baru dapat masuk jumpa doktor. Lepas tampal, dah takleh kunyah betul2 sebab gigi belah kanan dengan belah kiri tak “level”, takpelah… ape nak buat, dah tua kot. Lepas keluar dari bilik, buat bayaran RM4, mungkin untuk bayaran tampalan kot. Secara keseluruhan, perkhidmatan sangat memuaskan, pegawai2 semua baik2 belaka. Secara jujurnya, dalam banyak agensi kerajaan, klinik gomen antara agensi yang buat keje tip top, agensi lain dah la lombab, keje tak pakai otak, harap2 YB Anwar bole buat perubahan.