pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 4 – kerja2 pengurusan dan penyiasatan tanah

Tanah lot yg aku beli sebenarnya ada beberapa masalah tapi aku tetap beli jugak sebab lokasi agak dekat dgn KL (30 minit ) dan dekat dgn rumah org tua. Antara masalah2 tanah ni ialah :-
1. kawasan banjir
2. air bertakung atas tanah
3. backhoe tak nak masuk sbb tanah sgt lembut

hari2 aku dok perati tanah ni tak penah kering habis walaupun dah tak hujan 2-3 hari. nak buat keje pon tak boleh sbb backhoe, lori simen payah nak masuk. aku upah juru ukur dari Buildtest Laboratory Sdn. Bhd. utk buat Mackintosh Test utk kaji keadaan tanah. Upah mereka agak berpatutan, RM400 utk 2 point ( 1 point RM100, transport RM200 ) . Tapi harga ni tak termasuk kiraan soil bearing capacity. aku duk melopong jelah tgh report diorang yg tak cukup sifat nih. Kitorang jumpa tanah yang berair ( suspek water table ) pada kedalaman 2-3 kaki. Hentakan mencapai 400 pada kedalaman 8 dan 12 kaki.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 4 – kerja2 pengurusan dan penyiasatan tanah Read More »

The Dark Side of Ericsson’s manpower outsourcing companies in Shanghai, China

what is manpower outsourcing companies?

Ericsson’s manpower outsourcing companies

ericsson china hired many outsourced employees (OE) and these employees belong to a very few outsourcing companies (OC) appointed by ericsson china. in my opinion, they appointed very few so that these companies will not have competition. and those OE cannot switch to different OC since those OC already kawtim with each other (IMO, this will prevent OE to demand better salary. and also it is either you stay with low salary or out you go from the ericsson ecosystem) . and it is not easy to convert to ericsson employee. behind this operation, people have been gossipping about how ericsson managers set up an OC (or have a substantial shares in that co.) and these managers hires new recruit and assign them to his own OE. and there are many stories where ericsson hiring managers receive ‘gifts’ to ensure their new hire is assigned to respective OC. if you are wondering why these new hires kept on getting low salary, i think you know where does the money is being syphoned to. these OCs dont really care about their OE welfare because its not the OE who is giving them money but those ericsson managers are. china have 1.3 billion people, no issue to recycle the workforce.

As of now, several departments were closed down and the employees were given 2 options.
1. transfer to Sweden office
2. take the retrenchment route

The Dark Side of Ericsson’s manpower outsourcing companies in Shanghai, China Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 2 – yuran guaman dan prosedur pembelian tanah lot

Setelah membuat pilihan tanah lot utk dibeli, bermulalah proses pencarian khidmat guaman. Ada berapa cara utk membuat bayaran ke atas pembelian tanah lot:-

1. pinjaman bank – setakat ni sy cuma tahu CIMB boleh buat loan tapi cuma 70%. kalau staf gomen, mungkin pilihan lebih byk tapi sy bukan staf gomen.
2. byr cash

Sy buat keputusan utk buat pembelian dgn cash sbb tak perlu byr yuran guaman apabila buat pinjaman bank. Cuma bayar yuran guaman utk S&P dan duti setem sahaja.

Kos pembelian tanah lot mengunakan cash:-

1. yuran guaman – RM2300 (dpt diskaun sikit)
2. duti setem – RM3800
3. kos2 lain utk peguam – RM1270

Pada mulanya, ingat nk uruskan hal pindahmilik sendiri tanpa guna peguam sbb bayo riban2 semata mata utk sediakan dokumen S&P jer. Kalau ada legal issue, tetap kena keluar duit lagi nnt. Bila tanya peguam knp harga mcm ni, sbb kalau letak harga rendah nnt akan ada masalah bila Majlis Peguam audit. Lohhhh, semua ni alasan nak main harga, dan bila buat mcm ni market akan jadi tak kompetitif. Aku keje IT takde pulak istilah harga minimum.

Ini prosedur pindahmilik tanah lot :-
1. Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) & MOT
2. Penjual menandatangani Perjanjian Jual Beli
3. Pembeli bayar deposit 10% ke akaun peguam penjual
4. Peguam pembeli stamping SPA
5. Peguam pembeli menghantar salinan SPA dan MOT kepada peguam penjual
6. Peguam Penjual serahkan semula MOT yg telah disign dan dokumen2 ke Peguam Pembeli
7. Pembeli buat bayaran 90% baki harga jualan ke Peguam Penjual
8. Peguam Penjual release kan geran original kepada Peguam Pembeli
9. Peguam Pembeli adjudicate MOT dan Pembeli jelas kan segala baki bayaran guaman dan stamp duty.
10. Hantar permohonan pendaftaran pindahmilik geran (MOT) di pejabat tanah
11. Collection geran di pejabat tanah
12. Penyerahan geran asal dan salinan SPA asal ke Pembeli untuk simpanan pembeli (closed file)

aku mula byr deposit ke peguam pada 26 september dan bayaran terakhir ( baki yuran guaman dan duti setem ) pada 17 February, DEKAT 5 BULAN BARU SETEL?!?. padahal dlm s&p ada klausa yg menyatakan kena setel dlm masa 3 bulan.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 2 – yuran guaman dan prosedur pembelian tanah lot Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot

Tanah yg aku beli ni, walaupun dah ada KM ( Kebenaran Merancang ), kerja2 turap rizab jalan, kerja2 pembersihan dan ratakan tanah hanya sekadar sembang shj. Nmpk gaya mcm terbeli tanah lot cap ayam, tapi malangnya, harganya bukanlah cap ayam. Terpaksalah aku cari pemotong rumput tapi bukan murah caj nya. Paling murah caj RM200 ( potong semak shj, pokok tak potong, sampah buang sendiri ) dan paling mahal RM1500 ( potong semua, sekali buang sampah ) . Aku perasan rata2 org msia ni, tak efisyen langsung bila nak caj upah. Kerja tak berbaloi dgn upah yg di caj.

Pastu aku perasan mesin potong rumput baru RM195.35. Aku pon beli dan cuba bersihkan tanah tu sendiri. aku habiskan 2 jam selama 10 hari, bayar roro bin rm220, pinjam chainsaw bapak aku utk tebang pokok, last2 setel keje. Jumlah kos ialah RM195.35 + RM220. Selama 10 hari ni, langsung tak ambik cuti, buat 1 jam lps subuh, 1 jam lps asar. Skrg dah ada backup mesin potong rumput.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot Read More »

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu

Apa motif sebenar CIDB ditubuhkan pun aku dah confuse. agak kecewa bila kita dah pasang niat utk menimba ilmu, tukang beri ilmu pulak ada niat lain.

Lepas tu aku daftar kursus dgn syarikat lain (Mindshift Bridge Solutions) untuk kursus pengurusan projek dalam pembinaan. LEBIH 50% DRPD KANDUNGAN KURSUS IALAH TENGOK YOUTUBE VIDEO!!! aku bayo RM230 untuk tgk video yg aku bole tgk sendiri kat youtube. Tenaga pengajar dia mmg berpengalaman tapi kandungan kursus agak mengecewakan.

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu Read More »

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra

Perbandingan kos tuktuk dari paharganj ke connaught place
Uber – inr67.72 (bole pakai kad kredit)
Ola – inr76 (cash)
Rapido – inr55 (cash)

Bila byr dgn cash, confirm betul2 harga dgn rider dulu.
Selalunya waktu malam lepas jam 10pm, susah nak dpt uber.
Kat area yg jem dan ramai org, pakai tuktuk atau motosikal, lg cepat smpi.

utk ola dan rapido, perlu ada simkad india utk pendaftaran

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra Read More »

Hampir kena scam dengan “Government Operated” Tourism Office di Connaught Place, New Delhi / Nearly being scammed by “Government Operated” Tourism Office at Connaught Place, New Delhi

Kronologi peristiwa

Lepas beli simkad kat kedai Airtel di Connaught Place, saya terus menghala ke Palika Bazaar yg terletak 200m. Tempat dia hampir sama mcm Pertama Complex, jual tali pinggang, kemeja bagai, lepas 5 minit terus blah. Lepas tu tunggu dekat tepi jalan utk ambil Uber Motosikal. Tak sampai beberapa minit, ada brader india tegur, tanya dtg dari mana, berapa hari kat india. Brader ni friendly, sambil bagitahu dia penah melancong ke msia. Pastu tanya ittnerary saya kat Delhi. Lepas tu dia bagi tips utk melawat tempat2 yg menarik. Dia kata, KEBETULAN ada GOVERNMENT TOURISM OFFICE selang 2 blok dari sini. Dia tolong tunjukkan kat mana ofis tu. Lepas smpi depan ofis tu, brader tu beredar. Ofis ni terletak kat lorong yang agak dodgy.

“Government Operated” Tourism Office https://maps.app.goo.gl/F2w8SCEaAzxAuj7T8

Ofis tu bersih, pegawai kat dalam tu peramah habes. Siap bagi chai tea. Pegawai yg attend saya ni, KATANYA dia asal Kashmir. Siap bagitahu dia muslim. Dia tolong buatkan itinerary utk saya. lepas keluar dari ofis ni, belum sempat nak panggil Uber, tetiba ada brader tegur, KATANYA dia asal Kashmir juga ( ramai pulak org kashmir kat sini ) , saya pun excited la, mmg ada plan utk pegi Kashmir, dia kata dia dtg Delhi utk melancong dgn keluarga. Dia tanya apa plan kat Delhi, lepas tu dia bagi tips utk sewa kereta dgn driver sebab saya bertiga, boleh jimat kos. Lepas tu, KEBETULAN dia kata ada lagi satu “Government Operated” Tour Office selang 2 blok dari sini yg buat servis sewa kereta. Dia bagi lokasi google map ofis kedua ni lepas tu sembang mcm2 ttg tmpt2 yg pegi kat wilayah ni. Lepas tu, KEBETULAN dia free 1.5 jam sbb member smpi lmbt, jadi dia tlg temankan ke ofis kedua ni kalau nak.

“Government Operated” Tour Agency yang kedua, selang 2 blok dari ofis yang pertama https://maps.app.goo.gl/L7DPND3uvSxp7ahm9

Ofis kedua ni pun hampir sama mcm ofis pertama. Kemas, semua pegawai kat dlm tu ramah2. Pegawai yang attend saya pun kebetulan Muslim juga. Dia pun terus buat itinerary sewa kereta dgn driver. Asalnya nak sewa kereta utk 3 hari, dia pulak buat itinerary 6 hari, siap dgn hotel bagai. Aiiii, mintak lain, dia bagi lain. Pastu sy kata nak balik dulu sbb nak bincang dgn member dulu ( member belum smpi India lagi ) . Dia terus kata call member sy skrg ( RED FLAG ) . Dia mintak saya duduk sini, sambil bagi chai tea lagi, jgn balik selagi decide. Dah mcm memaksa pulak. Saya terus blah la apa lagi. Lepas tu, Brader Kashmir bagitahu ada market yg menarik kira2 2km dari sini. Saya cakap nk jalan kaki, tapi dia insist utk pakai tuktuk. Dia KATA UBER TAK SELAMAT ( RED FLAG ) . Lepas tu kena kepong dgn brader2 lain pujuk sy naik tuktuk ni. Aku pon terus blah la.

Kesimpulan drpd kisah ni, sindiket2 ni akan pancing mangsa dia dgn lahirkan persamaan & minat antara dia dan mangsa ( muslim, hobi suka travel, asal dari Kashmir ) dgn niat utk tolong yang akhirnya menjadi suatu paksaan. Semoga bermanfaat. Jazakallah

Hampir kena scam dengan “Government Operated” Tourism Office di Connaught Place, New Delhi / Nearly being scammed by “Government Operated” Tourism Office at Connaught Place, New Delhi Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 1 – kos membeli tanah lot

Setelah bertahun tahun tinggal di rumah org tua, saya ambil keputusan untuk sewa rumah sendiri. Ramai sedare dan sahabat handai mempertikaikan keputusan ni, ada yg kata tak mengenang budi la, lari dari tanggungjawab la. antara sebab saya pindah adalah nak masak sendiri ( nak masak lauk yg suka mkn ), hidup berdikari, nak buat open house ajak keluarga dan kengkawan dtg, ada ruang privasi utk bertakafur, self reflection.

sewa rumah kat KL harga sangat mahal. payah nk dpt rm1k utk kondo dekat dgn rumah org tua. akhirnya sewa kondo member kat pinggir selangor. bila dah pindah, jenuh nk melawat org tua sbb jauh, pegi ofis pon jauh, jumpa kwn pon jauh, jenuh naik turun lif.

kebetulan pulak USA dok asyik cetak duit yang mengakibatkan duit kertas semakin susut nilai. timbul dalam kepala sy iaitu sy perlu pindahkan sebahagian wang simpanan sy ke dlm bentuk aset seperti hartanah.

waktu ni lah saya mula cari rumah landed utk dibeli. tambahan pula dgn nilai wang kertas yg semakin susut akibat quantitative easing, saya kene pindahkan duit ke simpanan kpd aset hartanah. nak beli rumah landed kat KL ni harga sgt lah tinggi. rumah teres lama 2 tingkat 18×60 kat segambut pun harga dah 530k, rumah pulak dekat sebelah loji. yuran guaman pon sgt lah tinggi.

1. yuran guaman s&p = rm10k-20k
2. yuran guaman pinjaman bank = rm10k-20k
3. duti setem s&p = rm10k
4. duti setem pinjaman bank = rm2k++

bab yuran guaman di msia ni, saya sgt tak setuju dgn harga yg diorang caj. siap ada penalti kalau peguam caj harga lebih murah drpd yg ditetapkan oleh majlis peguam. tapi isu ni saya akan bincangkan dlm artikel lain.

bila tgk harga mcm ni, dah la bayo mahal2, dpt rumah yg usang, terus tak jadi. lepas tu pergi tengok tanah2 lot untuk dijual. Tanah Lot dgn geran bersama masih boleh dpt dgn harga bawah RM100k. bila tanah tu dapat je geran individu, terus UP jadi RM200k++. Padahal infra cenggitu jugak, rizab jalan tak berturap, masalah air dan lain2. Bayor ekstra 100k cuma untuk dpt kertas pink tu je. Di Selangor, harga tanah lot tak kurang dari RM200k. Lepas fikir berbulan bulan, saya ambil keputusan utk beli tanah lot. kos belanja tanah lot seperti berikut

1. harga tanah lot 40×110 = rm240k
2. yuran guaman s&p, duti setem s&p = rm6.5k

bila tambah kos bina rumah banglo kira2 rm150k-200k, jumlah tak sampai 500k pun. dapat rumah baru, rumah pulak jenis banglo. kiraan rm150k-200k ni masih dalam kiraan peringkat awal dan ianya suatu anggaran kasar. artikel ni adalah sebahagian drpd perjalanan saya utk memiliki rumah sendiri.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 1 – kos membeli tanah lot Read More »

Career in Computer Science in Malaysia / Kerjaya dalam Sains Komputer di Malaysia

many ppl said CS roles are saturated here. but actually not quite true. the problem is that there are plenty of software developer roles. BUT with a low salary. ( and like most people said, it is closely follows with “engineer is not valued here” statement ) . Most of the low salary roles come from local companies. Then where are the high salary roles? Usually it comes from MNCs. But the problem is that, Malaysia’s FDI is still low as compared to other countries such as Singapore, etc. Because of that, MNC roles are scarce here. so we usually see 100-200 applicants for highly sought roles at MNCs and GLCs ( Telekom Malaysia, Petronas Digital, etc). When I was in Japan, CS jobs are plentiful, up to the point that expats are encouraged to work in IT sector ( i have a american colleague who is an english teacher, he took a 3 months bootcamp and end up working as cloud support engineer, and another pinoy colleague who works as a translator, got a job as Frontdesk Engineer. these show how desperate Japanese companies are right now ) and they need to source manpower from overseas ( lots of IT projects being outsourced to Vietnam ) .

so what to do? being a fresh graduate might have lesser chances to earn ‘proper livable salary’ , therefore it might be good to jump to different companies as much as you can. because when you jump, you will gain more connections which is a big investment in the later life. ( i got hired by a hiring manager who was my former colleague from previous company 6 years ago )

another way is to work abroad, which some might feel unattracted to it ( especially when you already have family or u punya GF/BF lari ke org lain nanti ) . but thats the reality, jobs are SIGNIFICANTLY more in other countries. companies in malaysia are having a sweet time because of this unlimited source of talents. at Huawei, most of their engineering roles are contract basis. they happily terminate the contracts and replace with a new guy in an instant.

Career in Computer Science in Malaysia / Kerjaya dalam Sains Komputer di Malaysia Read More »

Cara memohon visa pelancong (tourist visa) di Kedutaan Bangladesh, Kuala Lumpur, Malaysia

Saya nak kongsi pengalaman saya sewaktu memohon visa bangladesh tempoh hari. Langkah2 permohonan adalah seperti berikut:-
1. Isi borang online di https://www.visa.gov.bd
2. Buat pembayaran (RM156 – single entry, RM315 – multiple entry) ke Bangladesh High Commission di cawangan maybank
3. Cetak borang yg telah diisi dan bawa ke Kedutaan Bangladesh
4. Tunggu 5 hari bekerja untuk ambil passport & visa

Checklist dokumen yang saya bawa tempoh hari :-
1. Borang permohonan visa yang telah dicetak
2. 3 gambar berukuran passport (latar belakang putih)
3. Slip tempahan hotel
4. Salinan fotokopi passport
5. Penyata bank terkini (3 bulan) . Amaun di dalam bank hendaklah ada sekurang kurangnya RM15,000
6. Surat jemputan daripada kenalan di Bangladesh
7. Salinan fotokopi ID kenalan di Bangladesh

Terus terang aku cakap, proses permohonan visa diorang mmg caca marba. Lagi teruk drpd kedutaan India. Waktu nak isi borang online, kat situ tulis yuran visa RM40, bila tgk kat website kedutaan dia, yuran visa RM156, pening aku nak check mane yg betul. Dah la call kedutaan diorang tak angkat. Kat website, dia cakap bawa slip booking hotel pun dah cukup, aku pon terus pegi pejabat kedutaan diorang.

Bila sampai sane, ofis bukak jam 9:00AM, tapi takde orang kat kaunter. Tunggu sampai jam 9:40AM baru ade orang. Amende la diorang ni. Bila submit dokumen, kene reject, kene ade invitation letter dgn bank statement. Pulak dahhhh!! dalam website takde pulak cakap kene bawak! Kalut betullah diorang ni. Aku pon terpaksa menggelupur buat draf surat pastu pegi print cepat2 sebab kaunter visa bukak smpi jam 1PM je.

Lepas patah blk ke embassy, boleh pulak takde org kat kaunter??? machaaaaaa, yennaadeiiii!!! Lepas tunggu dlm 15 minit, baru muncul brader kaunter. Lepas pegawai tu semak dokumen aku, kene reject lagi, kene ada salinan ID/passport kenalan di Bangladesh. Bagi tahu la semua dokumen yg hengkau nak sekali harung!!! member aku pon kene reject sbb duit dlm bank tak cukup 15k, padahal aku punye balance dlm bank cuma 10k tapi dia tak kata ape2 pon. lulus atau gagal utk mohon visa TERGANTUNG SEPENUHNYA kepada pegawai kat kaunter tu. kalau kau buat hal dgn macha tu, baibai lah.

waktu hantar permohonan dan waktu kutip passport

Lepas buat salinan ID kenalan Bangladesh, patah blk lagi ke embassy, brader kaunter MIA lagi, kali ni tunggu 30 minit baru dia muncul. Lepas submit ID kenalan di Bangladesh, barulah permohonan lulus. Lepas 5 hari bekerja, datang ambil kat embassy. Aku dengar kalau pakai ejen, 1 hari boleh siap. baiya oh baiya…

cenggini pon ambik masa 5 hari nk siap ka? baiyaaa oh baiyaa

Cara memohon visa pelancong (tourist visa) di Kedutaan Bangladesh, Kuala Lumpur, Malaysia Read More »