Uncategorized

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra

Perbandingan kos tuktuk dari paharganj ke connaught place
Uber – inr67.72 (bole pakai kad kredit)
Ola – inr76 (cash)
Rapido – inr55 (cash)

Bila byr dgn cash, confirm betul2 harga dgn rider dulu.
Selalunya waktu malam lepas jam 10pm, susah nak dpt uber.
Kat area yg jem dan ramai org, pakai tuktuk atau motosikal, lg cepat smpi.

utk ola dan rapido, perlu ada simkad india utk pendaftaran

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 1 – kos membeli tanah lot

Setelah bertahun tahun tinggal di rumah org tua, saya ambil keputusan untuk sewa rumah sendiri. Ramai sedare dan sahabat handai mempertikaikan keputusan ni, ada yg kata tak mengenang budi la, lari dari tanggungjawab la. antara sebab saya pindah adalah nak masak sendiri ( nak masak lauk yg suka mkn ), hidup berdikari, nak buat open house ajak keluarga dan kengkawan dtg, ada ruang privasi utk bertakafur, self reflection.

sewa rumah kat KL harga sangat mahal. payah nk dpt rm1k utk kondo dekat dgn rumah org tua. akhirnya sewa kondo member kat pinggir selangor. bila dah pindah, jenuh nk melawat org tua sbb jauh, pegi ofis pon jauh, jumpa kwn pon jauh, jenuh naik turun lif.

kebetulan pulak USA dok asyik cetak duit yang mengakibatkan duit kertas semakin susut nilai. timbul dalam kepala sy iaitu sy perlu pindahkan sebahagian wang simpanan sy ke dlm bentuk aset seperti hartanah.

waktu ni lah saya mula cari rumah landed utk dibeli. tambahan pula dgn nilai wang kertas yg semakin susut akibat quantitative easing, saya kene pindahkan duit ke simpanan kpd aset hartanah. nak beli rumah landed kat KL ni harga sgt lah tinggi. rumah teres lama 2 tingkat 18×60 kat segambut pun harga dah 530k, rumah pulak dekat sebelah loji. yuran guaman pon sgt lah tinggi.

1. yuran guaman s&p = rm10k-20k
2. yuran guaman pinjaman bank = rm10k-20k
3. duti setem s&p = rm10k
4. duti setem pinjaman bank = rm2k++

bab yuran guaman di msia ni, saya sgt tak setuju dgn harga yg diorang caj. siap ada penalti kalau peguam caj harga lebih murah drpd yg ditetapkan oleh majlis peguam. tapi isu ni saya akan bincangkan dlm artikel lain.

bila tgk harga mcm ni, dah la bayo mahal2, dpt rumah yg usang, terus tak jadi. akhirnya saya ambil keputusan utk beli tanah lot. kos belanja tanah lot seperti berikut

1. harga tanah lot 40×110 = rm240k
2. yuran guaman s&p, duti setem s&p = rm6.5k

bila tambah kos bina rumah banglo kira2 rm150k-200k, jumlah tak sampai 500k pun. dapat rumah baru, rumah pulak jenis banglo. kiraan rm150k-200k ni masih dalam kiraan peringkat awal dan ianya suatu anggaran kasar. artikel ni adalah sebahagian drpd perjalanan saya utk memiliki rumah sendiri.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 1 – kos membeli tanah lot Read More »