build house

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 4 – kerja2 pengurusan dan penyiasatan tanah

Tanah lot yg aku beli sebenarnya ada beberapa masalah tapi aku tetap beli jugak sebab lokasi agak dekat dgn KL (30 minit ) dan dekat dgn rumah org tua. Antara masalah2 tanah ni ialah :-
1. kawasan banjir
2. air bertakung atas tanah
3. backhoe tak nak masuk sbb tanah sgt lembut

hari2 aku dok perati tanah ni tak penah kering habis walaupun dah tak hujan 2-3 hari. nak buat keje pon tak boleh sbb backhoe, lori simen payah nak masuk. aku upah juru ukur dari Buildtest Laboratory Sdn. Bhd. utk buat Mackintosh Test utk kaji keadaan tanah. Upah mereka agak berpatutan, RM400 utk 2 point ( 1 point RM100, transport RM200 ) . Tapi harga ni tak termasuk kiraan soil bearing capacity. aku duk melopong jelah tgh report diorang yg tak cukup sifat nih. Kitorang jumpa tanah yang berair ( suspek water table ) pada kedalaman 2-3 kaki. Hentakan mencapai 400 pada kedalaman 8 dan 12 kaki.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 4 – kerja2 pengurusan dan penyiasatan tanah Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 2 – yuran guaman dan prosedur pembelian tanah lot

Setelah membuat pilihan tanah lot utk dibeli, bermulalah proses pencarian khidmat guaman. Ada berapa cara utk membuat bayaran ke atas pembelian tanah lot:-

1. pinjaman bank – setakat ni sy cuma tahu CIMB boleh buat loan tapi cuma 70%. kalau staf gomen, mungkin pilihan lebih byk tapi sy bukan staf gomen.
2. byr cash

Sy buat keputusan utk buat pembelian dgn cash sbb tak perlu byr yuran guaman apabila buat pinjaman bank. Cuma bayar yuran guaman utk S&P dan duti setem sahaja.

Kos pembelian tanah lot mengunakan cash:-

1. yuran guaman – RM2300 (dpt diskaun sikit)
2. duti setem – RM3800
3. kos2 lain utk peguam – RM1270

Pada mulanya, ingat nk uruskan hal pindahmilik sendiri tanpa guna peguam sbb bayo riban2 semata mata utk sediakan dokumen S&P jer. Kalau ada legal issue, tetap kena keluar duit lagi nnt. Bila tanya peguam knp harga mcm ni, sbb kalau letak harga rendah nnt akan ada masalah bila Majlis Peguam audit. Lohhhh, semua ni alasan nak main harga, dan bila buat mcm ni market akan jadi tak kompetitif. Aku keje IT takde pulak istilah harga minimum.

Ini prosedur pindahmilik tanah lot :-
1. Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) & MOT
2. Penjual menandatangani Perjanjian Jual Beli
3. Pembeli bayar deposit 10% ke akaun peguam penjual
4. Peguam pembeli stamping SPA
5. Peguam pembeli menghantar salinan SPA dan MOT kepada peguam penjual
6. Peguam Penjual serahkan semula MOT yg telah disign dan dokumen2 ke Peguam Pembeli
7. Pembeli buat bayaran 90% baki harga jualan ke Peguam Penjual
8. Peguam Penjual release kan geran original kepada Peguam Pembeli
9. Peguam Pembeli adjudicate MOT dan Pembeli jelas kan segala baki bayaran guaman dan stamp duty.
10. Hantar permohonan pendaftaran pindahmilik geran (MOT) di pejabat tanah
11. Collection geran di pejabat tanah
12. Penyerahan geran asal dan salinan SPA asal ke Pembeli untuk simpanan pembeli (closed file)

aku mula byr deposit ke peguam pada 26 september dan bayaran terakhir ( baki yuran guaman dan duti setem ) pada 17 February, DEKAT 5 BULAN BARU SETEL?!?. padahal dlm s&p ada klausa yg menyatakan kena setel dlm masa 3 bulan.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 2 – yuran guaman dan prosedur pembelian tanah lot Read More »

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot

Tanah yg aku beli ni, walaupun dah ada KM ( Kebenaran Merancang ), kerja2 turap rizab jalan, kerja2 pembersihan dan ratakan tanah hanya sekadar sembang shj. Nmpk gaya mcm terbeli tanah lot cap ayam, tapi malangnya, harganya bukanlah cap ayam. Terpaksalah aku cari pemotong rumput tapi bukan murah caj nya. Paling murah caj RM200 ( potong semak shj, pokok tak potong, sampah buang sendiri ) dan paling mahal RM1500 ( potong semua, sekali buang sampah ) . Aku perasan rata2 org msia ni, tak efisyen langsung bila nak caj upah. Kerja tak berbaloi dgn upah yg di caj.

Pastu aku perasan mesin potong rumput baru RM195.35. Aku pon beli dan cuba bersihkan tanah tu sendiri. aku habiskan 2 jam selama 10 hari, bayar roro bin rm220, pinjam chainsaw bapak aku utk tebang pokok, last2 setel keje. Jumlah kos ialah RM195.35 + RM220. Selama 10 hari ni, langsung tak ambik cuti, buat 1 jam lps subuh, 1 jam lps asar. Skrg dah ada backup mesin potong rumput.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot Read More »

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu

Apa motif sebenar CIDB ditubuhkan pun aku dah confuse. agak kecewa bila kita dah pasang niat utk menimba ilmu, tukang beri ilmu pulak ada niat lain.

Lepas tu aku daftar kursus dgn syarikat lain (Mindshift Bridge Solutions) untuk kursus pengurusan projek dalam pembinaan. LEBIH 50% DRPD KANDUNGAN KURSUS IALAH TENGOK YOUTUBE VIDEO!!! aku bayo RM230 untuk tgk video yg aku bole tgk sendiri kat youtube. Tenaga pengajar dia mmg berpengalaman tapi kandungan kursus agak mengecewakan.

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu Read More »