January 2025

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot

Tanah yg aku beli ni, walaupun dah ada KM ( Kebenaran Merancang ), kerja2 turap rizab jalan, kerja2 pembersihan dan ratakan tanah hanya sekadar sembang shj. Nmpk gaya mcm terbeli tanah lot cap ayam, tapi malangnya, harganya bukanlah cap ayam. Terpaksalah aku cari pemotong rumput tapi bukan murah caj nya. Paling murah caj RM200 ( potong semak shj, pokok tak potong, sampah buang sendiri ) dan paling mahal RM1500 ( potong semua, sekali buang sampah ) . Aku perasan rata2 org msia ni, tak efisyen langsung bila nak caj upah. Kerja tak berbaloi dgn upah yg di caj.

Pastu aku perasan mesin potong rumput baru RM195.35. Aku pon beli dan cuba bersihkan tanah tu sendiri. aku habiskan 2 jam selama 10 hari, bayar roro bin rm220, pinjam chainsaw bapak aku utk tebang pokok, last2 setel keje. Jumlah kos ialah RM195.35 + RM220. Selama 10 hari ni, langsung tak ambik cuti, buat 1 jam lps subuh, 1 jam lps asar. Skrg dah ada backup mesin potong rumput.

pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 3 – Upah tukang potong rumput bersihkan tanah lot Read More »

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu

Apa motif sebenar CIDB ditubuhkan pun aku dah confuse. agak kecewa bila kita dah pasang niat utk menimba ilmu, tukang beri ilmu pulak ada niat lain.

Lepas tu aku daftar kursus dgn syarikat lain (Mindshift Bridge Solutions) untuk kursus pengurusan projek dalam pembinaan. LEBIH 50% DRPD KANDUNGAN KURSUS IALAH TENGOK YOUTUBE VIDEO!!! aku bayo RM230 untuk tgk video yg aku bole tgk sendiri kat youtube. Tenaga pengajar dia mmg berpengalaman tapi kandungan kursus agak mengecewakan.

Kursus CIDB sekadar untuk tambah kod bidang, bukan untuk tambah ilmu Read More »

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra

Perbandingan kos tuktuk dari paharganj ke connaught place
Uber – inr67.72 (bole pakai kad kredit)
Ola – inr76 (cash)
Rapido – inr55 (cash)

Bila byr dgn cash, confirm betul2 harga dgn rider dulu.
Selalunya waktu malam lepas jam 10pm, susah nak dpt uber.
Kat area yg jem dan ramai org, pakai tuktuk atau motosikal, lg cepat smpi.

utk ola dan rapido, perlu ada simkad india utk pendaftaran

Perbandingan kos antara ride hailing app di new delhi dan agra ( uber vs ola vs rapido ) / Price comparison between ride hailing app in new delhi and agra Read More »